This site has limited support for your browser. We recommend switching to Edge, Chrome, Safari, or Firefox.

Cart 0

Congratulations! Your order qualifies for free shipping You are RM150 away from free shipping.
No more products available for purchase

Products
Pair with
Subtotal Free
Shipping, taxes, and discount codes are calculated at checkout

SYARAT - SYARAT DAN PERATURAN KARNIVAL FUTSAL AL-IKHSAN SPORTS

1. Pengenalan

1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Karnival Futsal Al-Ikhsan Sports dianjurkan oleh Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. dan kejohanan ini dijalankan mengikut zon bermula pada 21 September 2024 (Sabtu) dan berakhir pada 19 Oktober 2024 (Sabtu). Zon yang terlibat adalah Central, Southern, Northen dan East Coast.

1.2 Kejohanan ini diadili oleh pengadil - pengadil yang bertauliah yang dilantik oleh Penganjur.

1.3 Kejohanan ini akan diadakan diadakan pada tarikh yang tertera pada poster Kejohanan.

2. PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang - undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pihak Teknikal

2.2 Kejadian luarjangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh

  • 2.2.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang - undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pihak Teknikal.
  • 2.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh pihak Teknikal berasaskan kepada peraturan - peraturan FIFA dan FAM dan keputusan adalah MUKTAMAD.
3. SYARAT KELAYAKAN KE GRAND FINALE

3.1 4 PASUKAN TERATAS pada peringkat Zon akan layak ke peringkat Grand Finale

3.2 Setiap pasukan yang layak ke peringkat Grand Finale dibenarkan untuk menggantikan 2 pemain sahaja semasa peringkat Zon kepada pemain lain semasa peringkat Grand Finale

3.3 Selain dari peraturan di atas, pihak Penganjur dan Teknikal adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN

4. Peyertaan

4.1. Penyertaan terhad untuk 32 pasukan yang terawal bagi setiap zon.

4.2. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM150/pasukan.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja

5.2 Had umur peserta adalah dari 18 tahun hingga 45 tahun sahaja

5.2 Setiap pasukan WAJIB mendaftar seramai 8 pemain. Nama pemain yang didaftarkan dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian

5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa pendaftaran pasukan adalah MUKTAMAD

5.4 Pemain Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 Division 1 & Divison 2 TIDAK DIBENARKAN menyertai kejohanan ini

6. FORMAT DAN JADUAL KEJOHANAN

6.1 Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 pasukan

6.2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah singkir (knock-out stage).

7. PERATURAN PERTANDINGAN

7.1 Memulakan Pertandingan

7.2 Setiap pasukan mestilah mempunyai 5 pemain termasuk penjaga gol. Sekiranya kurang dari 5 pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila Pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai 5 pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3 - 0 dan 3 mata diberikan

7.3 Setiap pemain WAJIB memakai pelindung tulang kering (shin pad) sepanjang perlawanan berlangsung. Pengadil berhak untuk tidak memulakan perlawanan/menghentikan perlawanan jika pemain gagal berbuat demikian

8. Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan

8.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi. Waktu tersebut adalah panduan sahaja dan perlawanan akan mengikut bilangan perlawanan

9. Penggantian Pemain

9.1 Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

9.2 Syarat - syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :

9.2.1 Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

9.2.2 Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat sedemikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.

9.2.3 Penjaga gol boleh bertukar posisi dengan mana - mana pemain dengan syarat kebenaran dari salah seorang Pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

10. Tempoh Perlawanan

10.1 Masa perlawanan adalah 10 minit (Running Time) dan tiada pertukaran tempat dilakukan.

11. Kelewatan

11.1 Sekiranya mana - mana pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang - kurangnya 5 pemain selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walk-over) secara automatik.

12. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN

12.1 Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 – 0 atau jaringan yang terbesar.

12.2 Mana – mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau pemain yang diperintah keluar gelanggang kerana pergaduhan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Polis serta – merta.

12.3 Pemain yang telah menerima kad merah tidak dibenarkan bermain untuk 2 perlawanan seterusnya.

12.4 Pemain yang telah menerima 2 kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak dibenarkan bermain untuk 1 perlawanan seterusnya.

12.5 Pemain yang telah menerima kad merah pada peringkat kumpulan dibenarkan bermain pada peringkat kalah singkir.

12.6 Kad merah pada peringkat kumpulan tidak dibawa ke peringkat kalah singkir.

12.7 Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh 2 minit permainan dijalankan atau pasukan lawan menjaringkan gol.

13. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS

13.1 3 mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, 1 mata bagi yang seri dan tiada mata bagi pasukan yang kalah.

13.2 Dalam pertandingan liga 1 pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan seperti berikut :

13.2.1 Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :

13.2.2 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :

13.2.3 Pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :

13.2.4 Pasukan yang mempunyai bolos terkurang dikira sebagai pemenang, jika sama :

13.2.5 Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya (head to head) dikira sebagai pemenang, jika seri :

13.2.6 Tendangan sepakan penalti akan dijalankan bagi pasukan yang untuk menentukan tempat kedua dan ketiga dalam kumpulan manakala lambungan syiling akan dijalankan bagi pasukan yang untuk menentukan juara dan naib juara dalam kumpulan.

14. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH KALAH/MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

14.1 Semua pasukan WAJIB menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan datang atau sedang berlangsung.

14.2 Setiap pasukan WAJIB meneruskan permainan dalam semua perlawanan walaupun telah layak ke pusingan kalah singkir.

16.Menarik Diri/Memberi Kemenangan Percuma :

16.1 Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurukan minimum 5 orang pemain pada masa permulaan perlawanan, atau :

16.2 Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau :

16.3 Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau :

16.4 .Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan pihak Penganjur dan Teknikal, pasukan tersebut disingkirkan dari kejohanan dan semua keputusan mata atau jaringan perlawanan – perlawanan terdahulu tidak dikira.

17. RAYUAN DAN BANTAHAN

17.1 Bantahan bertulis terhadap mana – mana pasukan yang lain mestilah diserahkan kepada pihak Teknikal 5 minit selepas satu – satu perlawanan.

17.2 Bayaran deposit sebanyak RM200 WAJIB diserahkan bersama surat bantahan tersebut.

17.3 Pihak Teknikal akan melakukan siasatan dan membuat keputusan terhadap bantahan.

17.4 Keputusan pihak Penganjur dan Teknikal adalah MUKTAMAD .

17.5 Deposit TIDAK DIKEMBALIKAN tanpa mengira samada bantahan diterima atau ditolak.

18. KOD SIKAUN E-BAUCAR PUMA

18.1 Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini akan menerima e-baucar diskaun yang mempunyai nilai diskaun keseluruhan sebanyak RM1,400 (14 e-baucar x RM100).

18.2 Ketua pasukan bertanggungjawab untuk mengagihkan kod diskaun e-baucar PUMA kepada ahli pasukan lain dengan cara yang dipersetujui bersama. sebarang ketidakpuashati dan/atau penyalahgunaan kod e-baucar antara sesama ahli pasukan adalah bukan tanggungjawab Penganjur.

18.3 Penganjur akan memberikan 14 e-baucar bernilai RM100 diskaun setiap satu kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan e-baucar diskaun ini boleh digunakan dan ditebus di seluruh cawangan kedai Penganjur tertakluk dan terhad kepada pembelian barangan PUMA terpilih.

18.4 E-baucar diskaun ini boleh digunapakai sekali sahaja. Walaubagaimanapun, penggunaan e-baucar diskaun ini boleh digabung untuk ditebus dalam satu pembelian di mana peserta layak untuk menebus setiap e-baucar diskaun bagi setiap RM300.00 yang dibelanjakan terhadap barangan PUMA.

18.5 Kod diskaun e-baucar PUMA ini sah untuk digunakan di semua cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic.

18.6 Kod diskaun e-baucar PUMA bernilai RM100 boleh digunakan untuk setiap pembelian minimum RM300 bagi barangan PUMA yang terpilih dari harga asal atau harga sebelum diskaun.

18.7 Setiap kod diskaun e-baucar PUMA hanya boleh digunakan untuk satu pembelian sahaja.

18.8 Kod diskaun e-baucar PUMA ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

18.9 Kod diskaun e-baucar PUMA ini sah dari 19 Ogos 2024 sehingga 31 Oktober 2024. Penebusan mesti dibuat sebelum tarikh luput.

18.10 Kod diskaun e-baucar PUMA ini tidak boleh diganti jika hilang/rosak/dicuri.

18.11 Jika nilai barangan yang dibeli melebihi jumlah yang dinyatakan dalam kod diskaun e-baucar PUMA, lebihan harus dibayar oleh pelanggan.

18.12 Jika nilai barangan yang dibeli kurang daripada jumlah yang dinyatakan dalam kod diskaun e-baucar PUMA, tiada pemulangan bayaran yang akan dikembalikan kepada pelanggan.

18.13 Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. berhak mengubah terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

18.14 Hanya kod diskaun e-baucar PUMA asal akan diterima.

18.15 Ketua pasukan atau ahli pasukan yang menerima kod diskaun baucar PUMA ini bertanggungjawab untuk mengagihkan kod diskaun e-baucar PUMA kepada ahli pasukan lain dengan cara yang dipersetujui bersama. Sebarang ketidakpuashati dan/atau penyalahgunaan kod diskaun e-baucar PUMA antara sesama ahli pasukan adalah bukan tanggungjawab Penganjur.

19. HADIAH

19.1 Bagi peringkat Zon, Pemenang adalah berdasarkan keputusan perlawanan bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.

19.2 Hadiah pemenang bagi peringkat Zon adalah merupakan wang tunai berjumlah di bawah :

19.2.1 Pasukan pemenang tempat pertama : RM1,000.00.

19.2.2 Pasukan pemenang tempat kedua : RM700.00.

19.2.3 Pasukan pemenang tempat ketiga : RM500.00.

19.2.4 Pasukan pemenang tempat keempat : RM500.00.

19.3 Hadiah wang tunai akan diberikan kepada setiap pemenang sejurus selepas tamat perlawanan kejohanan ini di peringkat Zon.

19.4 Bagi peringkat Grand Finale, Pemenang adalah berdasarkan keputusan perlawanan bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.

19.5 Hadiah pemenang bagi peringkat Grand Finale adalah merupakan wang tunai berjumlah di bawah :

19.5.1 Pasukan pemenang tempat pertama : RM50,000.00.

19.5.2 Pasukan pemenang tempat kedua : RM10,000.00.

19.5.3 Pasukan pemenang tempat ketiga : RM1,500.00.

19.5.4 Pasukan pemenang tempat keempat : RM1,500.00.

19.6 Hadiah akan di kreditkan ke akaun pasukan yang menang dalam tempoh yang akan ditetapkan oleh Penganjur selepas tamat pertandingan.

20. LAIN - LAIN HAL

20.1 Segala hal yang berkaitan dengan peraturan – peraturan Teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan – peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh pihak Penganjur/ Teknikal dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

20.2 Sekiranya timbul apa – apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana – mana undang – undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan prinsip – prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak Penganjur dan Teknikal.

20.3 Pihak Penganjur dan Teknikal berhak mengubah mana – mana jadual, peraturan, syarat dan undang – undang perlawanan secara serta – merta.

20.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan sebelum, semasa dan selepas perlawanan dan pertandingan.

20.5 Dengan menyertai kejohanan ini, peserta dengan ini bersetuju dan akur untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat ini termasuk sebarang pindaan, perubahan, pengubahsuaian yang dibuat terhadapnya.

20.6 Penganjur berhak untuk menolak atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta dan/atau pasukan semasa mana-mana peringkat kejohanan ini tanpa menanggung sebarang liabiliti atau pampasan sekiranya penganjur mendapati terdapat pelanggaran atau ketidakpatuhan ke atas mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini.

20.7 Dengan menyertai kejohanan ini, peserta dianggap telah bersetuju, akur dan menerima Notis Privasi yang dikemukakan oleh Penganjur mengenai pengumpulan, proses, penggunaan dan pendedahan data peribadi untuk tujuan kejohanan ini. Sila rujuk Dasar Privasi Penganjur di https://www.al-ikhsan.com/privacy-policy.

20.8 Peserta yang menyertai kejohanan ini, jelas dan tidak boleh menarik balik persetujuan, kebenaran, pemberian kuasa yang telah diberikan kepada penganjur untuk memproses, mendedahkan, memberitahu apa-apa maklumat mengenai butir-butir peserta untuk tujuan pengesahan dan penebusan, atau dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh penganjur untuk tujuan publisiti kejohanan ini tanpa notis atau pampasan terlebih dahulu.

20.9 Peserta yang menyertai kejohanan ini tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada penganjur, menemubual dengan akhbar atau mana-mana media lain atau memberikan sebarang wawancara atau komen yang berkaitan dengan kejohanan ini.

20.10 Peserta yang menyertai kejohanan ini dan/atau pasukan pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab penuh sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kecederaan, kecelakaan, ganti rugi, tuntutan, kecederaan peribadi atau kematian yang ditanggung, dialami atau dideritai akibat penyertaan mereka dalam kejohanan ini dan/atau semasa penerimaan dan penggunaan hadiah.

20.11 Sebarang penyertaan dalam kejohanan ini serta penerimaan dan penggunaan Hadiah hendaklah atas kos dan risiko sendiri tanpa sebarang liabiliti atau tanggungjawab kepada penganjur.

20.12 Tidak ada perwakilan, jaminan, terma dan syarat yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam Terma dan Syarat di sini terpakai untuk kejohanan ini atau yang berkenaan dengan hadiah kejohanan ini; kecuali setakat mana mereka tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang. Semua jaminan tersirat dengan ini dikecualikan.

20.13 Keputusan pihak Penganjur, Teknikal dan Pengadil adalah MUKTAMAD