Polisi Perlindungan Data Peribadi
Dikemaskini: 5 September 2023
Al-Ikhsan | bermaksud Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan/atau Anak Syarikat dan/atau pengganti hakmilik dan/atau pemegang serah hak milik dan/atau pemegang serah hak yang dibenarkan; |
---|---|
PDPA | bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 “APDP” (Akta 709). |
1. Mengenai Polisi ini
Al-Ikhsan komited dalam melindungi privasi anda di mana kami diwajibkan untuk memproses data anda mengikut peranan di bawah APDP. Tujuan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini adalah untuk menetapkan bagaimana Al-Ikhsan akan menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami yang mana tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah APDP.
‘Data Peribadi’ merujuk kepada apa-apa data, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, pangkat atau jawatan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, hubungan atau sebarang rantaian maklumat yang lain; yang berkait secara langsung atau secara tidak langsung dengan seorang individu sama ada benar atau tidak, yang membolehkan identiti individu tersebut dikenal pasti daripada data / informasi tersebut.
2. Pengumpulan Data Peribadi
-
a. Data peribadi anda yang kami kumpulkan mengenai atau berkaitan dengan anda, bergantung kepada bagaimana kami berinteraksi dengan anda, di mana kami hanya akan mengumpul data peribadi untuk tujuan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti perniagaan kami dan hanya apabila perlu untuk tujuan tersebut.
-
b. Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada anda semasa anda berurusan dengan kami dalam apa jua cara termasuk menerusi sebarang transaksi dengan kami dan/atau sebarang komunikasi yang dibuat dengan kami.
-
c. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada, semasa sebarang acara diadakan, seminar, pameran bergerak, kempen, tinjauan kepuasan pelanggan atau borang pengisian di cawangan kami dan/atau pejabat kami.
-
d. Berikut adalah beberapa contoh urusan yang memerlukan kami untuk mengumpul Data Peribadi anda:
-
i. Apabila anda melengkapkan pesanan pembelian, permintaan atau permohonan untuk produk kami (sama ada secara peribadi, penghantaran mel atau elektronik);
-
ii. Apabila anda mendaftarkan maklumat anda di laman web, aplikasi atau borang kami di cawangan kami;
-
iii. Apabila anda berkomunikasi dengan kami secara langsung melalui perkhidmatan pelanggan kami atau secara langsung melalui rakan sekerja kami di cawangan kami berhubung dengan produk kami (secara peribadi, melalui pos, telefon atau sebarang cara yang lain)
-
iv. Apabila anda menjalankan transaksi tertentu seperti; bayaran balik dan / atau penggantian produk;
-
v. Apabila anda menyertai, dan berinteraksi dengan kami semasa promosi, perlawanan, pertandingan, kempen, cabutan bertuah, majlis acara atau dengan menggunakan gajet yang dipasangkan di cawangan kami;
-
vi. Apabila anda merupakan peserta dalam sebarang kaji selidik yang kami jalankan atau sebarang jenis penyelidikan; atau
-
vii. Jika anda adalah calon bagi sebarang jawatan kosong dengan kami, data yang dikumpul adalah apabila anda mengisi borang untuk tujuan proses pengambilan dan penilaian di mana kami juga boleh mengumpul data anda daripada Perujuk yang dinamakan tertakluk atas kebenaran anda.
-
-
e. Lanjutan daripada perkara di atas, kami juga boleh menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda yang disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, pihak berkuasa dan penguatkuasaan undang-undang, badan rujukan kredit, untuk sebab-sebab termasuk penghantaran produk kami, kewajipan dalam perjanjian, kepentingan perniagaan kami dan/atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami.
3. Persetujuan Anda
Dengan memberi maklumat peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah bersetuju untuk membenarkan kami mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda tertakluk kepada terma Polisi ini dan APDP.
4. Tujuan mengumpul dan memproses Data Peribadi anda
Secara amnya, Al-Ikhsan mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:
-
a. Menjawab pertanyaan, aduan, maklum balas dan permintaan anda;
-
b. Mengesahkan identiti dan pemprosesan pembayaran anda;
-
c. Untuk mengekalkan dan meningkatkan khidmat hubungan pelanggan kami;
-
d. Untuk memberi anda maklumat mengenai Produk terkini kami, promosi akan datang yang ditawarkan oleh kami dan/atau acara yang dianjurkan oleh kami atau pihak ketiga kami yang mungkin menarik minat anda dari masa ke semasa;
-
e. Untuk tujuan pemasaran secara langsung melalui SMS, e-mel atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai kepada anda sekiranya anda melanggan program keahlian dan/atau kesetiaan kami;
-
f. Untuk menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis mengenai corak dan pilihan pelanggan, analisis pemasaran dalaman kami termasuk perancangan dalaman, analisis statistik dan trend berhubung dengan Produk kami;
-
g. Untuk menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis mengenai corak dan pilihan pelanggan, analisis pemasaran dalaman kami termasuk perancangan dalaman, analisis statistik dan trend berhubung dengan Produk kami;
-
h. Untuk berkongsi atau memproses data anda untuk tujuan menyiasat dan mencegah sebarang aktiviti penyalahgunaan, penipuan, larangan atau menyalahi undang-undang serta menguatkuasakan Terma dan Syarat Produk kami;
-
i. Untuk membolehkan kami melaksanakan apa-apa kewajipan atau menguatkuasakan mana-mana hak yang ditetapkan di bawah mana-mana perjanjian yang dimasuki oleh kami;
-
j. Untuk tujuan pentadbiran dalaman kami serta mengekalkan dan mengemaskini rekod dalaman kami; dan
-
k. Menjalankan semakan latar belakang awal dan pengesahan awal dalam proses pengambilan pekerja serta mentadbir dan/atau menilai sebarang transaksi komersial sedia ada/berpotensi kepada kami.
Jika anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk salah satu atau lebih daripada tujuan di atas, sila maklumkan kepada kami di jabatan khidmat pelanggan kami.
5. Perlindungan Data Peribadi anda
-
a. Al-Ikhsan memastikan bahawa data peribadi adalah mencukupi, relevan dan terhad kepada apa yang diperlukan berhubung dengan tujuan ianya diproses.
-
b. Al-Ikhsan tidak akan menjual, menyewa, memindahkan atau mendedahkan mana-mana Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali untuk tujuan berikut;
-
-
i. Waris anda kepada kami;
-
ii. Mana-mana pihak yang telah dilantik oleh kami, yang tertakluk dibawah kewajipan sulit, untuk menyimpan dan memproses Data Peribadi anda serta untuk menjalankan kewajipan kami kepada anda, termasuk juruaudit, perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional lain yang dilantik berkaitan dengan kepentingan dan penambahbaikan perniagaan kami;
-
iii. Mana-mana agensi kerajaan dan berkanun atau pihak penguatkuasaan bagi pematuhan undang-undang, peraturan atau undang-undang kecil yang berkaitan, Penghakiman dan Perintah atau siasatan daripada pihak berkuasa yang berkenaan;
-
iv. Platform pembayaran untuk tujuan menilai, mengesahkan, melancarkan pembayaran berkaitan dengan pembelian Produk kami;
-
v. institusi kewangan, pedagangan dan organisasi kad kredit yang berkaitan dengan transaksi komersial anda dengan kami;
-
vi. laporan penilaian kredit dari pihak ketiga atau agensi pekerjaan untuk proses pengambilan pekerjaan dan penilaian kami termasuk penilaian sebelum memasuki sebarang transaksi komersial dengan kami; dan
-
vii. anda menjadi pemenang cabutan bertuah atau perlawanan atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami atau mana-mana pihak ketiga kami di cawangan atau pameran bergerak kami atau semasa kempen atau pameran, di mana nama, gambar dan Data Peribadi lain yang berkaitan akan dikongsi kepada awam tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman.
-
6. Keengganan memberi persetujuan kepada Polisi ini
Pengumpulan Data Peribadi anda oleh kami adalah wajib bergantung kepada jenis urusan dengan kami. Sekiranya anda berhasrat untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima apa-apa langganan pemasaran dan promosi melalui e-mel, atau melalui mana-mana saluran komunikasi lain, hentikan langganan anda kepada kami atau anda boleh menghubungi kami untuk menarik balik persetujuan anda. Walau bagaimanapun, sekiranya persetujuan adalah wajib, dan anda enggan memberi persetujuan untuk kami mengumpul Data Peribadi anda di bawah Polisi ini, kami tidak dapat menyediakan Produk atau meneruskan urusan selanjutnya dengan anda.
7. Sekuriti Keselamatan
-
a. Al-Ikhsan akan memastikan bahawa data peribadi disimpan dengan selamat menggunakan perisian moden yang terkini.
-
b. Akses kepada data peribadi hendaklah terhad kepada kakitangan yang memerlukan akses dan perisai yang sesuai harus disediakan untuk mengelakkan perkongsian maklumat tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin sebarang akses tanpa kebenaran atau akses yang tidak disengajakan kepada Data tersebut sekiranya ianya adalah disebabkan oleh perkara berikut:
-
i. Aktiviti pihak ketiga yang berniat jahat termasuk menggodam dan mempunyai akses haram serta kecurian komputer atau peranti storan Data AL-Ikhsan; dan
-
ii. Ralat komputer disebabkan oleh pepijat atau kesilapan pada kod program laman web atau platform berkaitan yang digunakan untuk tujuan mengumpul dan memproses Data Peribadi.
-
-
c. Apabila data peribadi dipadamkan, ini perlu dilakukan dengan selamat supaya data tidak dapat diambil semula.
-
d. sokongan wajar dan solusi wajar bagi pemulihan mendapatkan semula semasa musibah akan disediakan.
8. Penyimpanan Data & tempoh Data di simpan
-
a. Data Peribadi anda disimpan oleh server dalaman dan luaran kami yang mana Data tersebut mungkin diproses oleh mereka yang berkhidmat untuk kami yang telah diberi kuasa tertakluk di bawah obligasi sulit yang ketat.
-
b. Data Peribadi anda akan disimpan selama mana ianya diperlukan, bergantung kepada jenis urusan anda dengan kami.
-
c. Kami akan menyimpan butiran Data Peribadi anda semasa pendaftaran akaun anda di bawah laman web kami selama mana akaun tersebut masih wujud atau untuk tempoh yang singkat selepas anda menutup akaun dengan kami.
-
d. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda yang anda miliki dengan jabatan khidmat pelanggan kami selagi mana ianya perlu untuk menyelesaikan sebarang aduan, maklum balas atau pertanyaan, di mana Data akan disimpan untuk tempoh yang singkat selepas pertanyaan atau aduan diselesaikan.
-
e. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda semasa pembelian dalam talian anda melalui laman web kami sehingga permintaan untuk perkara yang sama dikemas kini atau dipadamkan diberitahu kepada kami. Walau bagaimanapun, kami akan menyimpan maklumat transaksi anda selagi diperlukan di bawah undang-undang dan untuk tujuan percukaian dan perakaunan.
-
f. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selagi mana ianya diperlukan untuk memproses sebarang pengambilan pekerja di bawah kami, yang mana kami akan mengekalkan Data Peribadi anda untuk tempoh tambahan selama 6 bulan bagi sebarang permohonan pekerjaan yang tidak berjaya; dan
-
g. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda melebihi tempoh yang ditetapkan untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan, menyelesaikan sebarang pertikaian, mencegah penipuan atau sebarang keperluan penggunaan, operasi, cukai dan/atau perakaunan di mana maklumat tersebut akan dikaji secara berkala untuk memastikan kerelevanan dan kesesuaiannya yang mana sekiranya ianya adalah sebaliknya, pemadaman akan berlaku mengikut prosedur jadual dalaman kami.
9. Ketepatan
Objektif utama Al-Ikhsan adalah untuk memastikan semua Data Peribadi adalah tepat, lengkap, terkini, betul dan tidak mengelirukan, serta boleh dipercayai. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda sebahagian besarnya bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami. Oleh kerana itu, Al-Ikhsan menggesa anda untuk:
-
a. Menjamin bahawa Data Peribadi yang anda serahkan atau akan diserahkan kepada kami adalah tidak mengelirukan, tepat dan betul, terkini dan lengkap bagi sebarang tujuan berkaitan atau menggunakan produk yang berkaitan. Anda dengan ini memastikan bahawa anda tidak menyembunyikan sebarang Data Peribadi yang penting bagi tujuan anda berurusan dengan kami yang mana kami beranggapan bahawa semua Data Peribadi yang dikemukakan oleh anda adalah tepat dan terkini untuk kami memproses lebih lanjut melainkan anda telah menyatakan sebaliknya; dan
-
b. Segera maklumkan kepada kami sekiranya Data Peribadi yang anda serahkan sudah lapuk atau berubah dalam apa jua cara, dengan menghubungi kami di jabatan khidmat pelanggan kami.
10. Hak kepada Data Peribadi
Tertakluk kepada pengecualian yang diberikan di bawah PDPA anda mempunyai hak untuk meminta akses atau permintaan untuk membetulkan dan mengemaskini Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta salinan Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami dengan syarat bahawa anda bersetuju untuk dikenakan dengan fi pemprosesan
11. Pindaan & Keutamaan Polisi
Al-Ikhsan mempunyai hak untuk mengubah Polisi ini pada bila-bila masa. Polisi ini bukan merupakan kontrak, dan tidak mencadangkan apa-apa kewajipan kepada pihak kami dengan pihak lain. Sekiranya berlaku sebarang konflik tafsiran antara Polisi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
12. Komunikasi
Anda boleh menghubungi Al-Ikhsan bagi hal-hal berkaitan dengan Polisi di Jabatan Khidmat Pelanggan kami di alamat: customer.service@al-ikhsan.com.