This site has limited support for your browser. We recommend switching to Edge, Chrome, Safari, or Firefox.

Cart 0

Congratulations! Your order qualifies for free shipping You are RM150 away from free shipping.
No more products available for purchase

Products
Pair with
Subtotal Free
Shipping, taxes, and discount codes are calculated at checkout

E-Invois

View English version here.

 

1. Soalan: Apakah itu e-invois?

JawapanE-invois ialah transaksi digital untuk memudahkan pelanggan penuntutan cukai barangan sukan yang dibeli.

 

2. Soalan: Adakah e-invois selamat?

JawapanYa, kerana ia dikeluarkan oleh syarikat berdaftar, dan syarikat akan menyemak secara teliti dengan peminta.

 

3. Soalan: Adakah e-invois hanya untuk pembelian fizikal?

Jawapan: Tidak, e-invois boleh digunakan untuk pembelian fizikal dan pembelian dalam talian.

 

4. Soalan: Berapa lama tempoh sah laku?

Jawapan: Tempoh sah adalah dalam bulan pembelian yang sama sahaja.

 

5. Soalan: Bagaimana saya boleh mendapatkan e-invois?

Jawapan: Anda boleh mendapatkan e-invois pada setiap pembelian anda.

 

6. Soalan: Saya telah membeli di Kedai A, bolehkah saya mendapatkan e-invois di Kedai C?

Jawapan: Maaf, tidak boleh. E-invois hanya boleh dituntut di kedai tempat anda membuat pembelian pada bulan yang sama .

 

7. Soalan: Adakah saya akan mendapat e-invois selepas membuat pembelian? 

Jawapan: Ya, selepas membuat pembelian, anda boleh meminta pekerja kaunter untuk mengeluarkan e-invois.

 

8. Soalan: Di manakah saya perlu mendapatkan QR untuk mengimbas?

Jawapan: Kod QR boleh didapati pada resit e-invois anda yang dikeluarkan oleh pekerja di kaunter.

 

9. Soalan: Apakah yang perlu saya sediakan untuk mendapatkan e-invois?

Jawapan: Anda hanya perlu membawa salinan resit dan IC untuk membuat permintaan e-invois.

 

10. Soalan: Di manakah saya boleh membaca tentang e-invois ini?

Jawapan: Anda boleh layari https://www.hasil.gov.my/e-invoice/ untuk maklumat lanjut.

 

11. Soalan: Saya terlupa untuk bertanya e-invois semasa pembelian saya, bolehkah saya mendapatkannya sekarang?

Jawapan: Ya, e-Invois hanya boleh dituntut di kedai tempat anda membuat pembelian pada bulan yang sama.

 

Soalan: Bolehkah saya membuat tuntutan e-Invoicing tanpa perlu mendaftar sebagai ahli AL-Ikhsan Sport?

JawapanYa, anda boleh mengemukakan tuntutan e-Invois tanpa mendaftar sebagai ahli Al-Ikhsan Sport. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan untuk mendaftar sebagai ahli di Al-Ikhsan Sport, kerana ini bukan sahaja membolehkan anda memanfaatkan e-Invois, tetapi juga memberikan anda pelbagai faedah tambahan. Dengan mendaftar, anda akan layak menerima baucar 15% untuk pembelian anda, serta menjadi orang pertama yang menerima maklumat tentang promosi yang sedang berlangsung dan tawaran eksklusif di Al-Ikhsan Sport.